/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



saya sayang awak



 luahan hati saya pada awak.
Sudah sekian lama hatiku tertutup untuk cinta, namun kini ia kembali terbuka,untuk lelaki yang berjaya membuatkan hatiku berdegup kencang. Entahlah..memang cinta itu aneh.sukar untuk dilafazkan apatah lagi kata-kata. Cinta tak seharusnya dilafazkan dengan kata-kata. Namun dengan perlakuan kita yang menunjukkan kita menyayangi dan menyintai dirinya. Kata-kata Cuma untuk memperkukuhkan lagi cinta kita... Ya,cinta itu aneh tapi indah untuk dirasai..
 Perbualan aku bersamanya didalam facebook  menampakkan kemesraan antara kami..walau aku tahu,aku dan dia
tidak mungkin bersatu..kami memang akrab sebagai seorang sahabat,namun di dalam hati ini bukan hanya sekadar seorang sahabat, tetapi jauh lebih dari seorang sahabat.. aku menyintainya, ya aku tidak menafikan perasaanku saat ini, meskipun kami tidak pernah bertemu. Namun rasa kasih ini tak pernah ku luahkan, hanya di angin lalu. Bukan aku takut untuk meluahkannya, tetapi aku lebih takut kehilangannya. Aku tahu dia hanya mengaggap aku sekadar sahabat tidak lebih dari itu. Namun dalam diam cinta yang mula mekar dan mengharum mengatasi segalanya. Walaupun ku tahu saatnya nanti aku akan merana kerana dia akan di miliki oleh insan lain, tetapi apa salahnya,selagi ada ruang aku masih mampu untuk berbual mesra dengannya..
Namun....”cinta yang terindah,tak pernah diungkapkan..rindu yang teramat...namun tak pernahku lafazkan, pada si dia yang ku cintai hanya
namamu yang terpahat di dalam hati. . Namun dirimu hanya mengaggap aku sebagai sahabat,aku tak salahkanmu...kerana ku tahu cinta tidak semestinya bersatu. Aku bahagia aku gembira, walaupun hati ini ada palitan luka.. hati ini meronta-ronta menjerit kata cinta, tetapi bibir ini amat berat untuk meluahkannya.. aku merinduimu sayang,terlalu rindu. Adakah hari yang singkat ini bisa mengubati kerinduan yang sarat didalam hatiku pada ketika ini? Ku tahu sayang,aku bukan untukmu. Namun masih adakah ruang untuk diriku di hatimu..?”
Ya,benar kata orang
“cinta bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Alangkah indahnya jikalau kau tahu isi hatiku, Hati yang ingin memiliki dirimu. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu,ia boleh dirasai dalam hati... namun aku masih berharap cinta daripadanya,cinta yang tulus untukku dan bukannya simpati..saya sayang kamu sampai bila2..
 my heart in the bottle now!!



PAST | PRESENT