/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



Tentang Hati
"Ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, 
apabila ia baik, maka baiklah seluruh badan, 
dan apabila ia rosak, maka rosaklah semuanya.
Ketahuilah, itulah dia hati"
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Kata orang manusia boleh diibaratkan dengan pelbagai perumpamaan. Bagi aku saat melihat belon belon yang indah warnanya, pelbagai bentuknya, aku membayangkan hidup manusia. Cukuplah sekadar diikat dengan seutas tali agar ia tidak terus terbang bebas. Hanyut... dalam dunia yang terbentang luas. Begitulah juga diibaratkan  manusia. Setiap manusia Allah jadikan daripada pelbagai jenis, bangsa dan bahasa. Diikat dengan satu tali agama yang sama iaitu kalimah aqidah yang utama, Lailahailallah dalam hati kita. 

Rasulullah saw bersabda :
"sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan perhitungan ke atas amalan seseorang itu berdasarkan kepada niatnya"
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Pandangan pertama membuatkan kita sering menilai seseorang melalui pemakaiannya,
Pandangan pertama membuatkan kita sering menilai seseorang melalui perbuatannya,
Pandangan pertama juga membuatkan kita sering membisikkan hati kita dengan fitnah,
Dan pandangan pertama sering membuatkan kita mempertikaikan kelakuan seseorang

Sabda Rasulullah saw :
"Jauhilah prasangka, kerana prasangka itu (adalah) pembicaraan yang paling dusta"
-Hadis riwayat Munafaqun'alaih

Allah menjadikan seseorang cinta kepada keimanan dengan menampakkan keindahan sehinggakan ia menjadi begitu indah. Ada pula hati yang terlalu kotor dan gelap kerana dipenuhi dengan kekufuran. Hati yang indah akan sentiasa bersih dengan berbaik sangka, namun hati yang kotor tidak pernah terlepas daripada perasaan perasaan prasangka. Kerana kita sering menilai sekadar melalui apa yang kita lihat.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
-Surah Al-A'raf : 201-202

No one has the right  to judge. You might hear the stories, saw the scenes but you never really feel what is inside the heart. Because the reality may differ from what you think it is.

Namun hakikatnya hati mungkin salah mentafsir kebaikan setiap mereka disekeliling kita. Seorang mukmin yang bersangka baik terhadap orang lain, dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan. Bersangka baiklah kerana sesungguhnya kita adalah bersaudara. Andai sahaja hati mudah berprasangka, bagaimana kita mahu menebar bahagia? 

Jika kita merasakan diri sudah cukup baik, sebenarnya kita masih tidak cukup baik. Tiada pengakhiran dalam mencari kebaikan dan masih ada masa untuk menebus dosa dosa. Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita berubah.

Note : Dipetik dari pakcik Youtube.com dan Google.com 

With Love,
Jiha


PAST | PRESENT