/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



Tajam nyer :/
Pernah dengar tak pepatah "Lidah manusia lebih tajam dari mata pedang"? Betul ke? Bagi pendapat aku lar kan, maybe ada betul nya sebab dengan kata kata sahaja kita mampu melukakan hati seseorang sama ada sengaja atau tidak sengaja. Manusia kadang kadang leka dengan keadaan sekeliling dan sering inginkan perhatian dari orang ramai. Kadang kadang perkataan yang keluar dari mulut kita secara tidak langsung telah mengganggu emosi seseorang terhadap apa yang telah kita perkatakan.

Contoh:
A: Dalam fb ramai orang cakap aku comel tapi kau hodoh. hahaha *muke bangga*
B: Biar lah, itu mulut mereka =.= *tacing*
-Ni manusia yang jenis masuk bakul angkat sendiri-

A: Kau ni hari-hari tiru kerja sekolah aku, tak takut salah ke?
B: Hurmmmm..... 
-Manusia yang kedekut ilmu-

A: Weyh, kau punya spender basah lar (cakap depan orang ramai)
B: Ehh yeker? (tahan malu)
-Manusia yang suka mengaibkan orang lain-

Kadang kadang kita menganggap perkara ini sebagai gurauan atau motivasi untuk mendorong seseorang, tetapi sebenarnya kita telah salah... Sekiranya anda seorang doktor, siapa yang tak nak percaya kata kata anda? contohnya; "kalau nak kurus, minum jus ciptaan saya tapi jangan makan nasi tau" <-- Nampak dekat situ macam mana permainan dia? haha. Confirm ramai gila orang datang untuk beli produk tu.

Moral: Berhati hati dalam berkata kata. Kita tidak seharusnya mengeluarkan kata kata yang kasar atau buruk terhadap orang lain meskipun untuk menegur. Sekiranya kita hendak mengeluarkan pendapat atau pandangan, ucaplah dengan kata kata yang baik dan berhikmah.

"Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang orang yang zalim" (Surah Al-Hujarat : 11)


PAST | PRESENT