/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



Hablun minallah.. Hablun minannass..
Menyusuri hari yang cerah, tentu tidak mendatangkan masalah buat kita, tapi bila menyusuri hari yang mendung, malah hujan beserta guruh dan petir tentunya membawa kegusaran yang tiada tandingnya. Begitu jua hidup ini, terkadang mudah dan adakalanya terasa sukar dan payah. Namun, sedarkah kita ada kuasa yang tiada taranya yang menguasai segala galanya. DIA yang mengatur sekalian semesta tanpa kecelaruan malah sentiasa saja berputar siang dan malam.

Kita sentiasa mahukan apa yang kita mahu. Kita suka apa yang kita suka. Kita cinta apa yang kita cinta. Kita buat apa yang kita mahu buat. Tetapi ingatlah ada kuasa yang memiliki kita. Ada hisab yang bakal kita jalani atas apa yang kita perbuat. Ada azab yang akan menimpa jika kita salah perhitungan dan meninggalkan apa yang disuruhnya. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa untuk meminta "campur tangan ALLAH" agar apa yang kita lakukan bukan sekadar mengikut kehendak dan naluri kita seadanya..




PAST | PRESENT