/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



lumrah kehidupan
Ini dinamakan kehidupan. Penuh dengan dugaan. Dunia ni penuh pembohongan dan pengkhianatan. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan. Adakalanya kita kena berjuang untuk diri kita sendiri tanpa sebarang pertolongan orang lain. Kadang kala sahabat menjadi lawan. Cinta menjadi benci.

Itu semua bergantung pada cara kita menjalinkan persahabatan. Tidak hairan jika suatu ketika nanti sahabat yang kita percayai akan mengkhianati kita dalam diam. Tidak pula kita sedari orang yang kita hina akan menjadi sahabat setia :)

Benar kata orang, "kerana mulut badan binasa". Aku tidak nafikan semua penyataan ini kerana ia benar benar terjadi disekeliling kita. Aku tidak kesah orang mengata aku sebaliknya aku berasa bertuah kerana orang tersebut banyak membuang masa dia untuk bercakap tentang aku :) Malahan dia memberi aku pahalanya. Terima kasih :))

Ada juga orang yang berkategori "talam dua muka".. Susah untuk mentafsirkan orang yang sebegini kerana dia bersusah payah untuk menjadi 2 insan yang berlainan sikap dan pendapat. Semata mata untuk menarik perhatian orang lain. Haha *kecian kan*

Kasihan pula bagi orang yang aku nyatakan diatas kerana dia tidak mendapat ketenangan didunia ini.

 RENUNG-RENUNGKAN :)


PAST | PRESENT