/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



Menjaga hati :')
"Tipu lah awak ni single"

Dah bosan orang cakap aku ni tipu dyorang coz single. Tapi itu kenyataannya =.=  Tak semestinya single itu tak laku. Aku cuma takut untuk bercinta. Jika aku bercinta,aku tidak mahu kecewa. Mana ada orang yang suka dikecewakan? Cinta manusia ni pasti berisiko untuk kecewa dan dikecewakan. Cuma bezanya sama ada risikonya besar atau kecil. Kita diberikan wahyu dan akal untuk memilih sama ada melakukan atau mengelakkan sesuatu. Maka dengan itu aku memilih satu cara bercinta yang paling mengecilkan risiko kecewa dan dikecewakan.
Siapa yang inginkan kemalangan jalan raya?
Majoriti tiada seorang pun yang sanggupkan. Bezanya terletak pada cara mereka menyiapkan diri untuk mengelakkan sesuatu yang mereka tidak sukai itu.

Bagaimana mengelakkannya?
Pertama, berserah sahaja. Jika kemalangan berlaku, terima ia sebagai takdir. Jika patah kaki, biarkan sahaja kerana tentu ada hikmahnya. Lalu, hidup dengan kaki yang patah itu.

Kedua, berusaha mengelak dan bertawakal. Mengambil langkah langkah keselamatan. Jika terjadi, terima ia sebagai takdir dan bangkit mencari penyelesaian. Muhasabah langkah langkah keselamatan yang belum sempurna. Jika patah kaki, segera menjalani rawatan pemulihan.

So pilih lah sama ada cara yang pertama atau kedua. 
Aku memilih yang kedua !

Dengan itu bercintalah dengan Allah. Sesungguhnya cinta Allah tidak pernah mengecewakan. Dia pencipta cinta. Jika manusia itu cantik atau tampan, ketahuilah bahawa Pencipta manusia jauh lebih cantik dan tampan. Cinta itu percikan daripada sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-Wadud. Dialah cinta nombor satu. Aku perlukan cinta yang tidak mengenal erti kecewa.

Nabi SAW berpesan, "Jika kalian berasa gelisah terhadap sesuatu perkara, maka solatlah dua rakaat kemudian berdoalah: 'Ya Allah, aku beristikharah kepadamu dengan ilmu-Mu."

Alhamdulillah, cinta high class memang awesome!


PAST | PRESENT