/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



Cinta itu fitrah
Rasa cinta tidak salah. Yang salah jika menyuburkan cinta dengan perbuatan haram. Rasa cinta itu fitrah. Yang fitrah itu adalah sunnatullah setiap kehidupan. Rasa cinta itu lelah. Yang membuat insan hanyut dalam fikiran dan perasaan. Rasa cinta itu indah. Yang akan lebih indah dengan ikatan pernikahan. Jika telah hadir rasa cinta, berpada-padalah dengan dirimu sendiri, kerana dirimu yang mengizinkan hadirnya, bukanlah orang lain

Subhanallah. Cinta itu lah yang sering melalaikan kita. Tidak wujud istilah cinta pada pandangan pertama kerana cinta pandangan pertama kita hanya untuk DIA.. Kenapa kita beria mencari tulang rusuk yang hilang sedangkan Allah sudah menetapkan jodoh kita di Luh Mahfuz. Sekalipun kita bercouple 5,6,7 tahun belum tentu si dia itu jodoh yang ditulis untuk kita. Seriously, rugi bagi mereka yang bercinta sebelum nikah. Kerana mereka tidak dapat menikmati keindahan cinta selepas nikah. Sesungguhnya Allah swt telah mengatakan bahawa; "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat". Allah itu maha adil.
Ya Allah aku bersyukur engkau telah menemukan aku dengan orang yang salah. Kerana tanpa pertemuan tersebut aku tak mungkin berdiri teguh dengan pendirian aku sekarang. Semoga allah permudahkan segala urusan. Aminn~

Haz pernah cakap;
Wanita dinikahi kerana empat perkara iaitu keturunan, harta, kecantikan dan agama. Beruntunglah bagi mereka yang memilih agama sebagai perkara utama. Insyaallah tiada istilah "couple" dalam pertemuan ini kerana lelaki yang hebat adalah lelaki yang berani menemui wali kepada gadis yang disukainya. Insyaallah, semoga dipermudahkan. Amin allahhumma amin.

Awesome kan~ Siapa nak;
Lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah?
Lelaki yang mengisi masanya dengan mendekatkan diri dengan Allah?
Lelaki yang berkerjaya?
Lelaki yang mempunyai keturunan yang baik?
Lelaki yang menghormati wanita?
Lelaki yang menjaga pandangannya?

Siapa yang tak nak tu maybe dia buta kott -_- Ya Allah aku tertarik dengan akhlaknya :) Semoga allah permudahkan urusan haz suatu hari nanti. Amin!


PAST | PRESENT