/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



Jodoh dan rezeki
" Sejauh mana pun kita pergi if dia jodoh kita, kita tetap akan bersama jugak dengan orang tu "
Ayat ni dikatakan kolot @ orang tua sangat -_- Apa kaitan dengan orang tua segala bagai ??? 

Ada yang cakap :
" Jodoh tu kena cari, kalau tak cari takkan dapat. Sama juga macam rezeki "
Again. Apa kaitan dengan rezeki ?? Memang tak dinafikan jodoh tu kena cari. Tapi kalau kita terlalu sibuk mencari jodoh, takut suatu hari kita tersalah memilih jodoh. Jodoh yang terbaik ialah jodoh yang datang dari Allah swt. Jodoh kita sebagai manusia, semua telah tertulis di Luh Mahfuz. Siapa kita untuk ubah apa yang telah ditetapkan? Sama ada kita dapat jodoh yang baik or jahat, maybe itu semua UJIAN buat kita agar lebih dekat dengan-Nya.  Rezeki? Rezeki memang kena cari. Macam mana nak dapat rezeki if kita tak usaha. Tapi kalau difikirkan semula jodoh dan rezeki tu tak jauh beza. Apa yang aku boleh tafsirkan dekat sini : 
Rezeki tu terbahagi kepada dua:
1) Halal
2) Haram

So.. Kalau rezeki yang kita cari tu adalah halal, semua yang kita buat akan diredhai Allah. Kalau rezeki yang kita cari tu haram, semua yang kita buat Allah akan murka. Sama jugak dengan jodoh. Kalau kita mencari jodoh yang halal, insyaallah jodoh tu akan berkekalan dan diberkati Allah sehingga akhirat. Kalau jodoh yang kita cari tu haram, sampai bila bila pun hubungan tu takkan tenteram, ada sahaja konflik. 

Secara kesimpulan yang aku boleh buat, jodoh tu kita tak perlu kejar pun. Sebab semuanya telah tertulis. Just berdoa yang jodoh yang bakal kita temui itu adalah dari golongan yang baik dan sentiasa mengingatkan kita kepada Maha Pencipta. Kalau setakat muka kacak bergaya, tapi solat pun lintang pukang. Better pilih yang tiada rupa tapi sentiasa menghadap Allah. 

"Ya Allah, semoga jodoh aku sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa bersujud kepadamu. Jauhkannya daripada maksiat. Bimbinglah ia ke jalan yang diredhai oleh mu agar kelak dia mampu membimbing aku mendekatimu, Amin ya rabbal alamin"

With Love,
Jiha


PAST | PRESENT