/My Heart Desire

Assalamualaikum
Hey, thanks visit!


Welcome to my blog. You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you!.

Status : experience teaches us become more mature

Home About Linkies
Tagboard
Footprints here!



Jodoh
Kenapa beberapa hari selepas perkahwinan cousin aku, semakin ramai orang bercakap tentang JODOH? Mereka membuatkan aku takut dengan semua tu. Adakala hati ni tertanya tanya

Bila jodoh tu akan sampai?
Macam mana?
Dengan siapa?
Adakah dia dapat terima aku seadanya?
Dapat ke dia bimbing aku?

Sumpah. Terlalu banyak persoalan yang timbul. Dan aku yakin pada takdir yang Allah. Semua tu telah ditetapkan. Jodoh itu akan datang dengan sendiri, pada saat kita benar benar bersedia. Biarkan apa yang orang nak cakap. Kita hidup bukan untuk puaskan hati dia. So abaikan jelah :)

Usahlah kerana sibuk mencari Mr. Right & Mrs. Right kita mengabaikan tanggungjawab terhadap agama yang terlalu banyak. 

Dalam pencarian jodoh, better kita serahkan semuanya pada Allah. Mungkin ada hikmah kepada mereka yang berkahwin awal kerana mereka dapat melaksanakan sunnah terlebih awal. Namun bagi mereka yang masih tidak bertemu jodoh, ini adalah masa yang sesuai untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Mungkin bila kita dah berumahtangga, kita akan busy dengan family kita sendiri dan tak sempat nak berbakti kepada ibubapa. 

Note : Jaga iman dan hati agar tidak tertipu dengan hasutan nafsu. Jaga maruah seorang wanita, jangan sampai nasibnya menjadi seperti epal yang masak ranum di puncak pohon, tapi akhirnya gugur ke bumi lalu membusuk dan tidak berguna hanya kerana tiada yang sudi memetiknya.

With Love,
Jiha


PAST | PRESENT